Kelas STEM-IoT –Black Stem Game
22 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.
Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game. Peserta dikehendaki untuk memilih permainan bertajuk Green Stem Game dimana mereka akan memenuhi pelbagai jenis ruang kosong dengan warna hitam untuk mara ke peringkat yang seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: